MENU

I-Kepoh Aduan Awam

Aplikasi Mobile iKepoh

Aplikasi Mobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Yan melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile iKepoh

  • Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
  • Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh

  • Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
  • Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

 

Maklumat Lanjut Sila Layari Website Berikut : KLIK DISINI

25 September 2018 - JERAI GEOPARK menerima kunjungan kerja peserta Malaysian Techinal Cooperation Programme (MTCP) ke Jerai Geopark, Gunung Jerai pada 18 September 2018 baru-baru ini. Seramai 10 orang wakil luar negara dan 6 orang wakil dari Malaysia sendiri turut serta dalam lawatan tersebut. Peserta luar terdiri dari negara Kiribati, Mongolia, Kazakhtan, Mauritius, Mali, LAO PDR, Thailand dan Samoa.

Destinasi yang dilawati ialah Muzium Terusan Wan Mat Saman, Geotapak Padang Tok Syeikh, Geotapak Batu Kapal dan Pemandangan Indah Jerai Hill Resort. Agensi kerajaan yang turut bersama ialah JMG, USM, MOSTI dan MD Yan

 

 

Last Updated: Thursday, 19 September 2019 - 10:14am