22 Mei 2019 - Salam ramadan & salam nuzul Qur'an.
Nuzul quran adalah hari dimana, Al-Quran diturunkan dari Luh-Mahfuz ke Baitul Izzah (di langit dunia)..Selepas itu, ia diturunkan dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad s.a.w, secara beransur-ansur selama 23 tahun menerusi malaikat Jibril.

Ayat Al-Quran pertama yang di sampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w ialah dari Surah Al-Alaq yang bermaksud....
"Bacalah!.... Dengan nama tuhanmu yang menciptakan.." (Surah Al-Alaq, Ayat 1)
---
Persoalannya... Mengapa "Bacalah"?.. Mengapa tidak "Mengucap lah"? atau "Solat lah"? ...
Kerana "baca" sebenarnya adalah asas kepada ilmu.
Dengan ilmu... barulah akan wujud kepercayaan (mengucap)....
dan selepas wujud kepercayaan.. maka, barulah akan ada tindakan (solat).
Itulah "flow" asas laluan kepada kejayaan.
Baca --> Percaya --> Tindakan --> Berjaya
Dalam konteks agama.
(Baca) Mengaji/Belajar --> (Percaya) Mengucap 2 kalimah syahadah --> (Tindakan) Solat,Puasa, Zakat, Haji dan amalan lain--> (Berjaya) Syurga
Manakala, dalam konteks untuk berjaya di dalam kehidupan dunia ini, "flow" nya juga adalah sama..
(Baca) Belajar sesuatu ilmu --> (Percaya) Mempunyai mindset & keyakinan --> (Tindakan) Buat apa yang telah diajarkan dengan bersunggguh --> (Berjaya) Dapat hasil yang diimpikan
Sama bukan?
Sememangnya, itulah flow kepada kejayaan, ianya bermula dengan baca = ilmu.
Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata..
“Siapa yang menghendaki (kejayaan) hidup di dunia, hendaklah dengan ilmu. Siapa yang menghendaki (kejayaan) hidup di akhirat, hendaklah dengan ilmu dan siapa yang menghendaki kedua-duanya (kejayaan hidup di dunia dan akhirat) hendaklah dengan ilmu”.
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).
---
"Bacalah"... itulah satu perkataan yang kelihatan ringkas... tetapi sebenarnya mempunyai maksud yang sangat besar dan sangat hebat
Jika anda rasa bermanfaat silakan Share | Like
<3