MENU

I-Kepoh Aduan Awam

Aplikasi Mobile iKepoh

Aplikasi Mobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Yan melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile iKepoh

  • Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
  • Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh

  • Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
  • Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

 

Maklumat Lanjut Sila Layari Website Berikut : KLIK DISINI

Semua Peniaga Daerah Yan
Tuan/puan,
 
ARAHAN PENUTUPAN SEMENTARA
 
Selaras dengan perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia mengenai ancaman wabak Covid- 19, pihak Majlis telah membuat ketetapan bahawa penutupan aktiviti/ operasi perniagaan seperti berikut:-
a. Pasar Pagi (Sehari), Pasar Malam dan Pasar Tani
b. Ekspo-ekspo jualan, uptown dan carboot sale
c. Pusat-pusat hiburan
d. Perniagaan yang tidak menawarkan keperluan harian
Notis penutupan ini berkuatkuasa pada 18 – 31 Mac 2020. Sekiranya terdapat mana - mana pihak yang tidak mematuhi kehendak notis akan diambil tindakan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Bagi premis yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman, Majlis hanya membenarkan jualan secara bawa balik (Take Away) sahaja. Pelanggan adalah tidak dibenarkan untuk makan dan minum di dalam premis tersebut.
 
Arahan
Yang Dipertua Majlis Daerah Yan
 
Last Updated: Tuesday, 2 June 2020 - 8:10am