MENU

I-Kepoh Aduan Awam

Aplikasi Mobile iKepoh

Aplikasi Mobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Yan melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile iKepoh

  • Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
  • Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh

  • Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
  • Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

 

Maklumat Lanjut Sila Layari Website Berikut : KLIK DISINI

Majlis Daerah Yan (MDY) bersama pihak Polis Daerah Yan dan ATM membuat pemantauan di Pasar Awam Sungai Yan, Pasar Awam Guar Chempedak, Pasar Koperasi Guar Chempedak dan FAMA Guar Chempedak. Hasil dari pemantauan tersebut mendapati keadaan terkawal. MDY ingin mengucapkan terima kasih kepada para peniaga dan pengunjung kerana mematuhi arahan yang diberikan.
 
MDY berharap semua pengunjung mematuhi langkah-langkah penularan wabak covid 19 iaitu:
 
1. Sentiasa mengamalkan Penjarakan Sosial (1 meter)
2. Memakai face mask
3. Kerap mencuci tangan atau memakai hand sanitizer
 
Last Updated: Thursday, 9 July 2020 - 2:57pm