MENU

I-Kepoh Aduan Awam

Aplikasi Mobile iKepoh

Aplikasi Mobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Yan melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile iKepoh

  • Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
  • Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh

  • Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
  • Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

 

Maklumat Lanjut Sila Layari Website Berikut : KLIK DISINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh Warga Daerah Yan
 
Satu Mesyuarat Pre Council Majlis Daerah Yan telah diadakan di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada 17 Ogos 2020 (Isnin) jam 1.00 tengah hari bagi membincangkan arahan terkini berkaitan Penguatkuasaan Kawalan Penularan Wabak (PKPW) Covid-19 di daerah Yan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Mulia Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, dan turut melibatkan Pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Yan (PDRM), Pegawai Kesihatan Daerah Yan, Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Yan dan Penolong Pegawai Undang-Undang Majlis Daerah Yan.
 
Susulan pada itu, Mesyuarat Majlis Penuh Khas Majlis Daerah Yan Bilangan 2 Tahun 2020 turut diadakan pada hari yang sama di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Yan pada jam 9.00 malam yang dipengerusikan oleh Yang Mulia Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, bersama Ahli-Ahli Majlis, Ex-Officio dan Ketua-Ketua Jabatan Majlis Daerah Yan. Majlis telah bersidang dan bersetuju dengan Penguatkuasaan Kawalan Penularan Wabak (PKPW) Covid-19 selaras dengan Arahan Tambahan No.10 Tadbir Urus Pihak Berkuasa Tempatan berkuatkuasa pada jam 12.00 tengah malam, 18 Ogos 2020 (Selasa)
 
Warga Daerah Yan dinasihatkan supaya mematuhi PKPW ini bagi membendung penularan wabak Covid-19.
 
Sekian, terima kasih
 
Arahan
Yang Mulia Yang Dipertua
Majlis Daerah Yan
 
Last Updated: Wednesday, 21 October 2020 - 10:20am