MENU

I-Kepoh Aduan Awam

Aplikasi Mobile iKepoh

Aplikasi Mobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Yan melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile iKepoh

  • Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
  • Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh

  • Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
  • Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

 

Maklumat Lanjut Sila Layari Website Berikut : KLIK DISINI

NOTIS PEMAKLUMAN
 
Selari dengan tempoh pemantauan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan penularan wabak Covid-19 bagi kluster Sala, atas nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM,Majlis Daerah Yan dengan ini memaklumkan bahawa Arahan Pematuhan Penguatkuasaan Kawalan Penularan Wabak (PKPW) (Pindaan) ditamatkan mulai 29 Ogos 2020.
 
Walaubagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah masih berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2020.
 

 

Last Updated: Wednesday, 21 October 2020 - 10:20am