MENU

I-Kepoh Aduan Awam

Aplikasi Mobile iKepoh

Aplikasi Mobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Yan melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile iKepoh

  • Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
  • Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh

  • Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
  • Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

 

Maklumat Lanjut Sila Layari Website Berikut : KLIK DISINI

Tuan Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, AMK., BCK.
Yang DiPertua
Majlis Daerah Yan

 

Assalamua'alaikum dan Salam Sejahtera. 

 Selamat datang ke Daerah Yan: Yan Daerah Pelancongan Warisan. Kami, warga Majlis Daerah Yan (MDY) mengucapkan terima kasih  dan mengalu-alukan kunjungan anda ke laman web rasmi MDY.

Portal ini merupakan antara usaha berterusan MDY sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan,  memanafaatkan ledakan teknologi ICT dalam usaha menawarkan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memantapkan penghantaran sistem pengurusan jentera pentadbiran kerajaan. Justeru diharapkan profil MDY khasnya dan maklumat Daerah Yan amnya yang dipaparkan melalui portal ini akan membantu rakyat sekitar Daerah Yan serta  pengunjung-pengunjung yang berminat dan berkepentingan  memperolehi maklumat berauthoriti berhubung dengan MDY dan Daerah Yan berdasarkan realiti dan prospek. Semoga maklumat yang dipaparkan bermanafaat dan dimanafaatkan.

Fungsi utama portal ini adalah sebagai jambatan penghubung mendekatkan MDY dengan pelbagai kategori pelanggan dan stakeholders.Dalam konteks ini, saya ingin menghargai dan  mengalu-alukan input-input cadangan bagi tujuan  penambahbaikan dari pengunjung-pengunjung  dalam usaha memaksimakan manafaat portal ini kepada pelanggan, juga faedah kepada MDY.

Yan Daerah Pelancongan Warisan

Sekian,Wassalam..

Tuan Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, AMK., BCK.
YDP Majlis Daerah Yan
Kedah Darul Aman