MENU

I-Kepoh Aduan Awam

Aplikasi Mobile iKepoh

Aplikasi Mobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Yan melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile iKepoh

  • Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
  • Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh

  • Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
  • Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

 

Maklumat Lanjut Sila Layari Website Berikut : KLIK DISINI

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:
 

  1. Menjaminkan layanan mesra dan sentiasa bersedia membantu apabila anda membuat aduan tentang perkhidmatan kami
     
  2. Menjamin untuk memberi kemudahan dan perkhidmatan asas disemua kawasan di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
     
  3. Akan meluluskan permohonan pembinaan rumah/bagunan dalam tempoh 2 bulan 15 hari dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen – dokumen yang lengkap
     
  4. Semua permohonan lesen – lesen akan diproses dan disiapkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan.
     
  5. Kami akan menjaminkan kebersihan bandar dan sekitarnya sentiasa bersih dan indah.
     
  6. Pungutan sampah akan dilakukan 2 kali seminggu pada waktu dan hari yang sama dengan cekap untuk kawasan taman – taman perumahan.
     
  7. Memastikan maklumat yang dipohon akan dijawab dengan cepat dan tepat.