MENU

I-Kepoh Aduan Awam

Aplikasi Mobile iKepoh

Aplikasi Mobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Yan melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile iKepoh

  • Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
  • Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh

  • Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
  • Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

 

Maklumat Lanjut Sila Layari Website Berikut : KLIK DISINI

ALOR SETAR 11 Mei - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dilantik sebagai Menteri Besar di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Mukhriz, 54, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Kecil, Istana Anak Bukit kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Yang berangkat sama, Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Mukhriz dilantik menjadi Menteri Besar kali kedua selepas PH memperoleh 18 kerusi daripada 36 kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sementara Pas memenangi 15 kerusi dan baki tiga milik BN.

Oleh : Siti Nurazlina Jamaludin

Sumber : Utusan Online

Kemaskini Terakhir: Rabu, 19 September 2018 - 5:27pm