MENU

I-Kepoh Aduan Awam

Aplikasi Mobile iKepoh

Aplikasi Mobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Yan melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile iKepoh

  • Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
  • Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh

  • Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
  • Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

 

Maklumat Lanjut Sila Layari Website Berikut : KLIK DISINI

Operasi Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Yan Bersama Jabatan Audit Negara Ke Atas Premis Yang Tidak Berlesen dan Tamat Tempoh Sekitar Derah Yan

Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Audit Negara Cawangan Kedah telah menjalankan operasi ke atas premis-premis perniagaan yang tidak berlesen dan tamat tempoh pada 18 Febuari 2014 dan 19 Febuari 2014. Operasi telah bermula pada jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengahari.Sebanyak 10 kompaun telah dikeluarkan ke atas pemilik premis mengikut jenis kesalahan.

 

Laporan Oleh:-

Mohd Sukri Bin Haji Abdul Rashid
Ketua Bahagian Penguatkuasa
Majlis Daerah Yan

Kemaskini Terakhir: Khamis, 5 Disember 2019 - 4:52pm