MENU

I-Kepoh Aduan Awam

Aplikasi Mobile iKepoh

Aplikasi Mobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Yan melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile iKepoh

  • Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
  • Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh

  • Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
  • Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

 

Maklumat Lanjut Sila Layari Website Berikut : KLIK DISINI

25 Januari 2019- Estate Run Asia 2019 bertempat di Kg. Teroi, Yan. Program anjuran bersama Unit Pelancongan Majlis Daerah Yan, Tourism Malaysia dan Komuniti Teroi Bukit.. Seramai 640 peserta mengambil bahagian dimana 45 peserta dari luar negara turut menyertai temasya tersebut. Seramai 40 orang warga Taiwan dan 5 dari Kenya. Hadiah disempurnakan oleh Tuan Yang DiPertua Majlis Daerah Yan. Turut hadir Pengarah Tourism Malaysia wilayah Utara


#YanDestinasiku
#JeraiGeopark

Kemaskini Terakhir: Selasa, 16 April 2019 - 11:10am