MENU

I-Kepoh Aduan Awam

Aplikasi Mobile iKepoh

Aplikasi Mobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Yan melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile iKepoh

  • Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
  • Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh

  • Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
  • Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

 

Maklumat Lanjut Sila Layari Website Berikut : KLIK DISINI

8 OKTOBER 2020:
 
Pelancaran slogan YAN DAERAH PELANCONGAN DESA serta KEMPEN KE ARAH DAERAH YAN yang BERSIH, KEMAS DAN TERATUR diikuti dengan Program Gotong Royong Pembersihan Awam Daerah Yan Siri 2 anjuran Majlis Daerah Yan. Pelancaran slogan dan kempen ini telah disempurnakan oleh Yang Mulia Pegawai Daerah Yan merangkap Yang Dipertua Daerah Yan.
 
Proram ini telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan daripada Pihak Parlimen Jerai, ADUN Sg. Limau, DUN Guar Chempedak, jabatan/ agensi kerajaan/ swasta, masjid, NGO, peniaga dan masyarakat setempat dan telah diadakan di tiga kawasan secara serentak iaitu di Pekan Yan Besar, Pekan Yan Kechil dan Pekan Guar Chempedak. Program ini juga turut disertai oleh Yang Mulia Pegawai Daerah Yan merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Setiausaha Majlis Daerah Yan, Tuan Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan) Tanah Yan dan Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan.
 
Program pembersihan ini melibatkan aktiviti pembersihan kawasan persekitaran iaitu pemotongan rumput, kutipan sampah dan pencucian longkang di 3 lokasi tersebut.
 
Kemaskini Terakhir: Rabu, 21 Oktober 2020 - 10:20am