MENU

I-Kepoh Aduan Awam

Aplikasi Mobile iKepoh

Aplikasi Mobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Yan melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile iKepoh

  • Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
  • Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh

  • Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
  • Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

 

Maklumat Lanjut Sila Layari Website Berikut : KLIK DISINI

Majlis Daerah Yan (MDY) mengambil langkah pencegahan jangkitan virus COVID-1 9 dengan melakukan semburan nyahkuman di Pasar Awam Pekan Sungai Yan. Operasi yang bermula pada jam 3.30 petang itu melibatkan kakitangan Jabatan Kesihatan Persekitaran MDY yang telah menyembur bahan nyahkuman pada bahagian yang berisiko demi memastikan keselamatan pengunjung ke pasar tersebut serta mengekang penularan wabak COVID-19. Pihak MDY juga akan menjalankan operasi sama secara berjadual untuk Pasar Awam Pekan Yan, Pasar Awam Pekan Sungai Yan dan Pasar Awam Guar Chempedak.
 
Pihak peniaga juga hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan menjaga kebersihan pasar awam serta mengemas peralatan mereka sendiri. Keselamatan barangan perniagaan adalah tanggungan peniaga sendiri dan tiada tuntutan boleh dibuat bagi kerosakan atau kemusnahan barangan perniagaan. Para peniaga yang mempunyai simptom COVID-19 tidak dibenarkan meniaga untuk mengelakkan risiko jangkitan kepada orang awam. Selain itu, para peniaga juga tidak dibenarkan berada di pasar awam semasa proses nyahkuman dijalankan. Semoga wabak covid-19 ini dapat diselesaikan dengan segera.
 
Kemaskini Terakhir: Selasa, 2 Jun 2020 - 8:10am