MENU

I-Kepoh Aduan Awam

Aplikasi Mobile iKepoh

Aplikasi Mobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Yan melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile iKepoh

  • Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
  • Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh

  • Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
  • Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

 

Maklumat Lanjut Sila Layari Website Berikut : KLIK DISINI

NOTIS PEMAKLUMAN
ARAHAN PEMATUHAN TEMPOH MASA OPERASI DAN SEKTOR YANG DIBENARKAN
DI BAWAH KENDALIAN MAJLIS DAERAH YAN SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) BERMULA 6 MEI 2020 HINGGA 9 JUN 2020.
Tuan/Puan hendaklah mematuhi arahan yang telah ditetapkan selagi tempoh PKPB berkuat kuasa. Sekiranya tuan/puan gagal atau ingkar mematuhi arahan ini, TINDAKAN PENGUATKUASAAN boleh diambil mengikut undang-undang yang diperuntukkan.
Pemakluman dan arahan ini dikeluarkan dari semasa ke semasa dan akan dipinda jika ada arahan selanjutnya dari Majlis Keselamatan Negara dan Kerajaan Negeri Kedah.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 2 Jun 2020 - 8:10am