MENU

I-Kepoh Aduan Awam

Aplikasi Mobile iKepoh

Aplikasi Mobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Yan melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile iKepoh

  • Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
  • Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh

  • Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
  • Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

 

Maklumat Lanjut Sila Layari Website Berikut : KLIK DISINI

 

Perlaksanaan caj tapak letak kereta berkupon, Majlis Daerah Yan akan dilaksanakan mulai 19 March 2017.

Pelaksanaan ini melibatkan kawasan-kawasan berikut :-

  • Seluruh kawasan kompleks perniagaan Guar Utama
  • Seluruh kawasan perniagaan Taman Mewah
  • Seluruh kawasan perniagaan Taman Guar Indah / Batu 18

Kupon-kupon boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Yan ( Yan Besar & Guar Chempedak) serta agent-agent kupon yang dilantik.

Penguatkuasaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 Perintah Pengangkutan Jalan( Peruntukkan Tempat Letak Kereta) Majlis Daerah Yan 2016 akan dijalankan bagi kenderaan yang diletakkan menyalahi perintah tersebut.