MENU

I-Kepoh Aduan Awam

Aplikasi Mobile iKepoh

Aplikasi Mobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Yan melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile iKepoh

  • Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
  • Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh

  • Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
  • Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

 

Maklumat Lanjut Sila Layari Website Berikut : KLIK DISINI

 

Lokasi adalah dihadapan taman perumahan Taman Muafakat Dulang, Jalan Dulang Yan (kawasan lapang/terbuka dan berpagar)

Majlis Daerah Yan dalam perancangan untuk mewujudkan tapak perniagaan berpusat di Dataran Muafakat Dulang. Sehubungan itu, tawaran ini dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tapak dan menjalankan perniagaan di lokasi tersebut.

Cadangan konsep perniagaan: (setiap hari)

  1. Pekan hari (7.00 pg – 12.00 tgh)
  2. Pasar petang (2.00 petang – 7.00 malam)
  3. Karnival (mengikut permintaan)

Sekiranya tuan/puan berminat untuk menjalankan perniagaan di tapak tersebut, tuan/puan boleh mendapatkan borang permohonan di kaunter pejabat Majlis Daerah Yan atau menghubungi talian 04-4655745/ 04-4658051 (Bahagian Gerai).