MENU

I-Kepoh Aduan Awam

Aplikasi Mobile iKepoh

Aplikasi Mobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Yan melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile iKepoh

  • Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
  • Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh

  • Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
  • Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

 

Maklumat Lanjut Sila Layari Website Berikut : KLIK DISINI

PEKELILING

Senarai pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Daerah Yan seperti pekeliling tatacara berpakaian.

Tatacara Pakaian Lelaki

Cara Betul Cara Salah

Berpakaian Ke Majlis Rasmi

Cara berpakaian bagi majlis rasmi, pelajar lelaki disarankan berpakaian sopan atau karporat seperti memakai baju kebangsaan, berkasut kulit, baju batik ataupun baju kemeja yang bersesuaian dengan majlis yang dihadiri lengkap bertali leher. Gambar disebelah adalah contoh bagi tatacara berpakaian yang betul.

Berpakaian Ke Majlis Rasmi

Semasa menghadiri majlis rasmi, pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian selekeh dan tidak bersopan seperti keterangan di atas. jika pelajar berpakaian sebegitu, pelajar dianggap tidak menghormati majlis dan akan disisihkan. Gambar berikut menunjukkan cara berpakaian salah.

Berpakaian Untuk Sukan

Untuk aktiviti sukan pula, pelajar lelaki diwajibkan memakai baju t-shirt berlengan pendek, berseluar track bottom, berkasut sukan dan lengkap bersarung kaki. Seluar pendek juga dibenarkan untuk sukan tertentu seperti badmintin dan bola sepak. Baju yang dipakai hendaklah bersesuaian dan selesa untuk aktiviti sukan. Ini kerana, untuk mengelakkan berlaku kecederaan ketika bersukan. Gambar disebelah adalah contoh bagi tatacara berpakaian yang betul.

Berpakaian Untuk Sukan

Semasa bersukan, pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian selekeh dan tidak bersopan seperti berseluar pendek kecuali dibenarkan untuk sukan-sukan tertentu, berbaju t-shirt tanpa lengan tidak berkasut sukan dan tidak memakai seluar "track bottom" .Ini kerana,pihak Universiti bimbang akan keselamatan pelajar di padang.Gambar berikut menunjukkan cara berpakaian salah semasa bersukan.

 

Tatacara Pakaian Wanita

Cara Betul Cara Salah

Berpakaian Ke Majlis Rasmi

Cara berpakaian bagi majlis rasmi pula, pelajar perempuan disarankan berpakaian sopan atau karporat seperti memakai baju kebangsaan, baju batik, berbaju kurung atau kebaya dan baju kemeja(bukan Islam). Pemakaian yang betul akan memberikan anda keyakinan untuk menghadiri majlis tersebut. Gambar disebelah adalah contoh bagi tatacara berpakaian yang betul.

Berpakaian Ke Majlis Rasmi

Semasa menghadiri majlis rasmi, pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian tidak bersopan seperti pakaian yang menjolok mata dan mendedahkan sebahagian tubuh badan. Pelajar juga dinasihatkan agar tidak berpakaian selekeh. Jika pelajar berpakaian sebegitu, pelajar dianggap tidak menghormati majlis dan akan disisihkan. Gambar berikut menunjukkan cara berpakaian salah.

Berpakaian Untuk Sukan

Untuk aktiviti sukan pula, pelajar perempuan diwajibkan memakai baju t-shirt berlengan panjang, berseluar track bottom, berkasut sukan dan lengkap bersarung kaki. Baju yang dipakai hendaklah bersesuaian dan selesa untuk aktiviti sukan. Ini kerana, untuk mengelakkan berlaku kecerderaan ketika bersukan. Gambar diatas adalah contoh bagi tatacara berpakaian yang betul.

Berpakaian Untuk Sukan

Semasa melakukan aktiviti bersukan, pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian tidak bersopan seperti berseluar pendek,berbaju t-shirt tanpa lengan dan tidak berkasut sukan.Ini kerana, pihak Universiti bimbang akan keselamatan pelajar di padang.Gambar berikut menunjukkan cara berpakaian salah semasa bersukan.