MENU

I-Kepoh Aduan Awam

Aplikasi Mobile iKepoh

Aplikasi Mobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Yan melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile iKepoh

  • Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
  • Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh

  • Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
  • Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

 

Maklumat Lanjut Sila Layari Website Berikut : KLIK DISINI

Dari jauh, Gunung Jerai yang menjadi puncak tertinggi di Utara semenanjung tersergam indah apabila menghampiri Yan, daerah terkecil di Kedah.

Pemandangan Sawah padi menguning menjadi latar semula jadi kepada gunung setinggi kira-kira 1,217 meter itu. Gunung yang menganjur ke Tanjung Jaga di Selat Melaka ini sejak berabad menjadi panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini.

Ada yang mengaitkan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.Ini berdasarkan faktor sejarah bahawa Yan sudah lama menarik kunjungan pedagang dari daerah ini selain pernah diteroka pendatang Acheh, Indonesia. Kampung Acheh dan Kampung Sungai Limau dengan majoriti penduduknya keturunan Acheh menjadi bukti kewujudan masyarakat itu.

Meskipun memiliki keluasan kecil, Yan memiliki pelbagai tarikan pelancong semula jadi dalam suasana perkampungan Melayu. Dengan suhu antara 19 hingga 24 darjah Celcius, Gunung Jerai kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi.

Dengan suhu sedemikian, ia amat sesuai untuk aktiviti rekreasi di kawasan puncak termasuk trekking dan berbasikal . Jika ke Gunung Jerai, anda boleh menyaksikan bongkah batu besar yang menyerupai sebuah kapal.

Banyak kawasan   air terjun di Gunung Jerai untuk mandi. Selain itu, Muzium Perhutanan boleh dikunjungi untuk melihat khazanah hutan. Jika anda berminat dengan flora dan fauna, pelbagai spesies hidupan boleh ditemui seperti orkid, serangga akuatik, rama-rama, katak, burung, periuk kera dan tumbuhan herba.

Gunung Jerai juga menyimpan khazanah geologi malah formasi gunung itu dikatakan sama dengan Gunung Matchi-cang yang berusia 300 juta tahun. Bahan-bahan geologi yang menarik termasuk batu-batan berwarna warni, gamit, garnet dan monazit.

Kedudukan Gunung Jerai yang dekat dengan laut menyediakan kawasan pemandangan tanah tinggi yang menakjubkan.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 25 April 2018 - 9:04am