MENU

I-Kepoh Aduan Awam

Aplikasi Mobile iKepoh

Aplikasi Mobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Majlis Daerah Yan melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile iKepoh

  • Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
  • Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh

  • Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
  • Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

 

Maklumat Lanjut Sila Layari Website Berikut : KLIK DISINI

Daerah Yan, Kedah merupakan salah satu pusat pelancongan menarik di negeri Kedah. Daerah ini mempunyai daya tarikan utama pusat peranginan Gunung Jerai, taman rekreasi air terjun yang banyak, pantai menarik dan berbagai destinasi pelancongan lain yang mengundang pelancong ke daerah ini. 

 

Kawasan peranginan di daerah Yan, Kedah

Daerah Yan mempunyai beberapa kawasan peranginan yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Berikut merupakan tempat-tempat peranginan di Yan, Kedah.

  • Gunung Jerai - Regency Jerai Hill Resort.
  • Titi Hayun - Terdapat banyak penginapan menarik disini seperti chalet, homestay dan resort.

 

Tempat menarik di Yan, Kedah

Antara tempat menarik yang ada di daerah Yan ialah:

  • Pantai Murni.
  • Pantai Tanjung Jaga.
  • Jambatan Pulau Bunting.
  • Air terjun Puteri Mandi, Gunung Jerai.
  • Pulau Song Song - Lokasi menarik untuk snorkeling.
  • Air terjun Batu Hampar.
  • Air terjun Seri Perigi.

 

Aktiviti menarik di Yan, Kedah

Ada berbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang percutian di Yan. Antaranya ialah:

  • Berbasikal mendaki Gunung Jerai hingga ke puncak.
  • Berbasikal mengelilingi Gunung Jerai.
  • Memancing ikan (sportfishing) di tukun dan tuas sekitar perairan Yan.
  • Mendaki Gunung Jerai.
  • Jungle trekking.
  • Berkhemah.
  • Mandi air terjun.

Tempat makan sedap di Yan, Kedah

Sekiranya anda bercuti di Yan, jangan lupa untuk menjamu selera di tempat makan sedap yang kami senaraikan dibawah.

  • Kedai Burn - Terletak di Pantai Murni, Kedai Burn menyediakan makanan barat dan berbagai jenis burger. Beroperasi dari waktu petang hingga ke tengah malam.
  • Restoran Bersila - Terletak di Kampung Setar, Yan, Restoran Bersila menghidangkan makanan tengahari sahaja. Antara masakan istimewa ialah gulai itik dan itik goreng.
  • Restoran mee udang di kampung Kuala Dulang Kecil.
  • Medan selera di pekan Sungai Yan - Antara makanan yang sedap disini ialah pasembor.
  • D'Anjung Santai - Medan selera koperasi yang terletak di pekan Guar Chempedak ini beroperasi pada waktu petang hingga ke malam.
  • Medan selera Guar Chempedak - Terletak bertentangan dengan D'Anjung Santai. Antara makanan yang sedap di medan selera Guar Chempedak ialah bihun sup dan nasi ayam.
  • Cucur udang Abang Li - Terletak di Lorong Panglima, Guar Chempedak.
  • Roti canai Restoran Chilly - Batu 17, Guar Chempedak. Dibuka untuk sarapan pagi sahaja.

Pasar Malam di daerah Yan

Pasar malam di daerah Yan memang cukup menarik. Terdapat berbagai makanan tempatan yang dijual termasuk buah-buahan seperti durian, langsat, manggis dan lain-lain apabila tiba musimnya. Berikut ialah senarai pasar malam yang ada di daerah Yan.

  1. Pasar Malam Bukit Besar - Isnin, 4.00 Petang-10.00 Malam, Jalan Baru Bukit Besar.
  2. Pasar Malam Sungai Limau - Selasa, 4.00 Petang -10.00 Malam, Pekan Sungai Limau Dalam.
  3. Pasar Malam Simpang Tiga, Singkir - Rabu, 4.00 Petang -10.00 Malam, Simpan Tiga Singkir.
  4. Pasar Malam Sungai Yan - Khamis, 4.00 Petang -10.00 Malam, Pekan Sungai Yan.
  5. Pasar Malam Guar Chempedak - Sabtu, 4.00 Petang -10.00 Malam, Pekan Guar Chempedak.

Kampung menarik di daerah Yan

Terdapat berbagai aktiviti ekonomi penduduk di daerah Yan. Antaranya ialah nelayan, pertanian sawah padi, usahawan kecil tradisional, berkebun dan lain-lain lagi. Sekiranya anda bercuti ke Yan, Kedah, pastikan anda mengunjungi kampung-kampung menarik yang ada di sini seperti:

  • Kampung Kuala Dulang Kecil, Yan, Kedah - Kampung menarik yang dikelilingi sawah padi dan menghadap laut Selat Melaka. Apa yang menarik di kampung ini ialah sportfishing, pantai, sawah padi, nira nipah, mee udang.
  • Kampung Kuala Sungai Yan, Yan, Kedah. Apa yang menarik di kampung ini ialah sportfishing, pantai, ikan kering, nira nipah.
  • Kampung Setar, Yan, Kedah. Apa yang menarik di kampung ini ialah air terjun, Restoran Bersila, dusun buah-buahan.
  • Kampung Singkir Laut, Yan Kedah. Apa yang menarik di kampung ini ialah kolam udang, nira nipah, pantai.

Penginapan di Yan, Kedah

Senarai hotel, motel, resort dan chalet di Yan, Kedah.

  • Regency Jerai Hill Resort.
  • D'Yan chalet, Titi Hayun.
  • Putri Ayu Chalet, Yan, Kedah.
  • Salak Denai Chalet, Batu Hampar, Yan, Kedah.
  • Anjung Menjaro, Titi Hayun, Yan, Kedah
  • Saujana Hill Resort, Singkir Darat, Yan, Kedah.
  • D'Guar Motel, Guar Chempedak, Yan, Kedah.

Senarai homestay di Yan, Kedah.

  • Homestay Kampung Raga, Yan, Kedah.
  • Kesuma Homestay, Pantai Murni, Yan, Kedah.
  • Homestay Pantai Murni, Yan, Kedah.

Setakat ini dahulu maklumat pelancongan dan tempat menarik di Yan, Kedah yang dapat kami kongsikan bersama.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 25 April 2018 - 9:04am